|
Jumaat, 20 Ogos 2010 03:10 |
|
Senja kian merebut malam. Burung-burung sudah berhenti berkicauan riang. Angin dingin senja menyapu lembut wajah Imran yang berkulit sawo matang itu. Suara kanak-kanak bermain di luar rumah masih ditiup ke telinganya. Gelak tawa Zul mematikan lamunan namun masih tidak dihiraukan. Imran terpaku. Peristiwa siang tadi masih belum luput daripada sanubari. Matanya berkaca-kaca. Air mata kelelakiannya jatuh jua ke pipi.
Zul menyedari kesedihan abangnya itu lantas dia segera mengorak langkah mendekatinya yang sedang temenung di tepi jendela. Komik yang sering mengisi kekosongan waktunya ditinggalkan di atas tilamnya. Zul menepuk bahu Imran. Imran memerhatikan wajah cerah adiknya itu dengan pandangan kosong.
Baca Lagi...
|
|
Rabu, 18 Ogos 2010 20:00 |
Faiz Kamal bersujud. Tatkala manusia lain sedang asyik bercanda dan mandi di laut, lelaki itu menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Illahi. Tenggelam dalam kekusyukan. Hanya dia dan Tuhan. Faiz Kamal kemudiannya duduk tahiyyat akhir dan mengakhiri solatnya dengan salam. Bibirnya tidak berhenti berzikir. Teringat betapa kerdilnya diri di sisi Illahi. Tangannya ditadah paras bahu. Faiz Kamal berdoa panjang. Mengharap keredhaan pencipta-Nya.
Baca Lagi...
|
|
Rabu, 18 Ogos 2010 19:42 |
|
Zaid Kamil tergamam. Sungguh tidak diduga akan terjadinya peristiwa sebentar tadi. Hisyam perlahan-lahan meninggalkannya bersama Dzulkarnain di situ. Sebuah persahabatan di antara tiga rakan telah diputuskan oleh Hisyam. Zaid Kamil memandang wajah Dzulkarnain. Dzulkarnain tersenyum lebar. Puas.
Baca Lagi...
|
|
Khamis, 05 Ogos 2010 03:03 |
"Alah Pak su nie,soalan macam tue pun tak boleh jawab.. Cikgu Qiha kat sekolah Ain tue semua teka teki dia dapat jawab tau.. Pak su nie,satu apa pun tak tahu..Tak bestlah main dengan Pak su.."
Baca Lagi...
|
|
|